DUA6022: komunikasi dan pengurusan dalam islam
Disediakan oleh:
CHUA YENNIE (02DAT15F1048)
LOGIESWARI KRISHNA (02DAT14F2009)
SHARIFAH AINUR FATIHAH BT. SYED RAHIMI (02DSK16F1095)
NUUR RAJIHAH BT. RAZALI (02DSK16F1135)
IFFAH AFIQAH BT. SAMIAN (02DSK16F1124)
CHUA YENNIE (02DAT15F1048)
LOGIESWARI KRISHNA (02DAT14F2009)
SHARIFAH AINUR FATIHAH BT. SYED RAHIMI (02DSK16F1095)
NUUR RAJIHAH BT. RAZALI (02DSK16F1135)
IFFAH AFIQAH BT. SAMIAN (02DSK16F1124)
NURUL HAFIDA BT. MOHAMAT ZAKI (02DSK16F1120)
Disediakan untuk:
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
PENGENALAN
Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan- perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut. Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat dikekalkan.
ISI-ISI
Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan di Negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa itu. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum di Negara ini?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya di politeknik mahupun university swasta atau kerajaan. Pelajar harus menyokong cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.
Tambahan pula, di sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi swasta mahupun kerajaan, pelajar yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul, bergurau dan sebagainya semasa melakukan aktiviti-aktiviti semasa proses P & P ataupun kokurikulum. Dengan cara ini mampu membentuk generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu dapat dilahirkan di negara kita. Selain itu, menerusi sukatan Pengajian Malaysia dan Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam khususnya, keharmonian dan sosial budaya dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Dengan ini, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan pepaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak di sesebuah institusi tersebut.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di tempat institusi tersebut semasa hari perayaan. Dengan adanya hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya, pelajar-pelajar boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan pelajar.
Seterusnya, perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan kebudayaan, semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud prasangka negatif. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu, tarian kipas ,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengenal tarian tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di Negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain kerana bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Dalam pada itu, masyarakat khususnya graduan intitusi pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama di tempat pengajian. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda yang lain.
Apabila golongan muda terutamanya graduan politeknik dan institusi lain menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun, dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk hubungan sosial ketika kecil.Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
Menilai dari sudut perspektif yang berbeza, perpaduan memerlukan nilai holistis dalam diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh kepada negara bangsa ini. Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan merasakan ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberi makna kepada diri setiap individu terutamanya graduan institusi pelajaran tinggi dan pelajar sekolah. Perayaan merupakan kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia juga berjiwa petriotisme dan nasionalistik wujud dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam rukun negara dan perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dan dokumen kebal negara.
Mengimbau kembali sejarah Malaysia terdahulu, sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan perayaan hari kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan perayaan tersebut pada setiap tahun termasuklah sekolah, politeknik dan intitusi pegajian tinggi lain akan mengadakan sambutan perayaan tersebut. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat dan di institut pengajian tinggi terutamanya golongan graduan di IPTA dan IPTS serta pelajar-pelajar sekolah dengan wujudnya pelbagai kaum di Malaysia.
Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, hendaklah direnungi oleh setiap warganegara Malaysia terutamanya anak anak muda di politeknik dan institusi lain agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Kajian masalah agama dan budaya sudah tidak asing lagi di kehidupan manusia. Walaupun peristiwa perubahan sosial telah mengubah orientasi dan makna agama, hal itu tidak berhasil perubahan ekosistem dari segi agama dalam masyarakat dan para graduan intitusi pengajian tinggi terutama politeknik. Sehingga kajian tentang agama dan budaya selalu akan terus berkembang dan menjadi kajian yang penting. Hal ini kerana sifat universal agama dan budaya dalam masyarakat, maka kajian tentang masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai salah satu faktornya ialah budaya. Seringkali kajian tentang politik, ekonomi dan perubahan sosial dalam suatu masyarakat melupakan pentingnya agama sebagai salah satu faktor keharmonian dalam sosial budaya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hasil kajiannya tidak dapat menggambarkan realisasi sosial yang lebih lengkap. Maka, masyarakat secara umumnya perlu sedar dan saling menghormati agama masing-masing.
Dari sudut pandangan yang berbeza, pentingnya mempelajari kehidupan manusia ini terutama di rujuk dalam Al-Qur'an apabila membincangkan konsep-konsep keagamaan terutama negara Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Al-Qur'an seringkali menggunakan "orang" untuk menjelaskan konsep ketaqwaan. Misalnya, untuk menjelaskan tentang konsep takwa, Al-Qur'an menunjuk pada konsep "muttaqien", untuk menjelaskan konsep sabar, Al-Qur'an menggunakan kata "orang sabar" dan seterusnya.
Dengan merujuk pada kitab Al-Qur'an yang sedemikian sesungguhnya, konsep-konsep keagamaan itu merangkumi perilaku manusia tanpa mengira agama. Oleh sebab itu, pemahaman konsep agama terletak pada pemahaman setiap individu itu sendiri. Dengan ini, pentingnya soal keagamaan dalam konsep saling memahami antara agama masing-masing dan hormat menghormati sesuatu agama.
Intihanya, memandangkan negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan adat resam yang berbeza maka terdapat pelbagai pandangan dan perspektif yang berbeza dalam kalangan masyarakat melayu khususnya. Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai perayaan pada setiap tahun. Perayaan besar seperti hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina, hari deepavali, hari natal, hari gawai, dan hari keamatan di Sabah disambut oleh semua masyarakat di Malaysia. Dalam konteks Malaysia, ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha), Hari Raya Kurbanatau Hari Raya Hajimerupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia.
2. Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.
3. Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.
4.Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa perayaan merupakan salah satu komponen penting bagi setiap kaum di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Dengan adanya kajian ini, diharapkan konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji dapat difahami dengan jelas agar setiap individu di negara ini dapat memahami perayaan-perayaan ini dan seterusnya memupuk budaya hormat-menghormati kepercayaan setiap kaum yang ada di negara ini. Menerusi kajian ini juga, kita dapat menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjelang sambutan perayaan-perayaan tersebut yang sememangnya unik dan tidak boleh didapati di negara-negara lain. Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia
LAMPIRAN
PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
SAMBUTAN HARI GAWAI
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KERATAN AKHBAR
RUJUKAN
· Buku Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford fajar sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment